3TA4 WESTERN REPUBLIC 2009

You'll Never Be The Same Here

This karangan was a homework and it has been passed up to teacher. Based on the original hand written essay by Steven Ong (Too Creative). XD

Pasukan pengakap sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di Taman Negara pada cuti persekolahan. Anda sebagai setiausaha perkhemahan tersebut telah diminta untuk membuat laporan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang perkhemahan tersebut. Tuliskan laporan itu selengkapnya.

LAPORAN PASUKAN PENGAKAP SMJK CHUNG LING


Pada cuti semester yang lalu, pasukan pengakap SMJK Chung Ling telah mengadakan perkhemahan di Taman Negara. Aktiviti tersebut telah banyak menarik minat para pelajar terutamanya ahli-ahli. Sebanyak 352 pelajar bersama 15 guru pengiring menyertai aktiviti tersebut.


Setiba di Taman Negara, ahli-ahli pengakap bertungkus-lumus mendirikan khemah setelah mencari tapak yang sesuai. Ahli pengakap terpesona oleh keindahan yang terdapat di Taman Negara dan ingin menjalankan aktiviti pertama secepat mungkin. Selepas khemah didirikan, aktiviti pertama pun dilancarkan. Ada ahli yang membawa kamera untuk menangkap saat-saat kegembiraannya dan keindahan di Taman Negara. Ada juga yang mengambil sedikit spesimen untuk menjalankan kajian di makmal sekolah.


Ketika menikmati kecantikan spesis-spesis flora dan fauna, kaki salah seorang ahli, iaitu Fong Jia Xian terperosok ke dalam lubang sarang semut. Kumpulan semut merangka ke seluruh tubuhnya dan mengigitnya sehingga Fong Jia Xian tidak dapat menahan tangisannya lalu menangis di tempat kejadian. Para ahli bersusah-payah mencari herba semula jadi untuk menyembuh gigitan semut, tetapi hari sudah hampir malam jadi Fong Jia Xian tiada pilihan, dia terpaksa bermalam dengan sengsara.


Apabila para ahli bangun daripada tidur, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti seterusnya lantaran kepincangan yang timbul. Sementara pasukan pengakap sedang mencari herba semula jadi kerana tertinggal ubat-ubatan di sekolah, Fong Jia Xian yang keras kepala itu lagi mengacau sarang tebuan. Guru pengiring iaitu, Cikgu Ang Tat Seng yang terlihat kejadian tersebut segera menghentikannya tetapi sudah terlambat dan tebuan tersebut telah mengejar mereka. Fong Jia Xian dan Cikgu Ang Tat Seng yang ketakutan itu segera langkah seribu daripada disengat oleh tebuan.


Semasa melarikan diri, Fong Jia Xian ternampak seekor anaconda lapar yang sedang mencari makanan. Fong Jia Xian yang tidak dapat henti langkahnya telah menendang ular itu. Anaconda tersebut pun segera mengejarnya. Dalam ketakutan, Fong Jia Xian telah melompat dari air terjun dan pengsan ketika dihantuk batu-batan di pangkal air terjun.


Apabila ahli-ahli pengakap sedar kepengsanan Fong Jia Xian, mereka segera memberitahu perkara ini kepada guru pengiring. Ketibaan guru pengiring disambut dengan berita yang lebih buruk – Cikgu Ang Tat Seng telah menghilangkan diri. Tiba-tiba, dalam perbincangan mereka, anaconda yang dipercayai mengejar Fong Jia Xian tadi itu, telah menjumpai mangsanya dan menyelongkari tubuh Fong Jia Xian. Dalam saat macam ini, ahli-ahli terpaksa dibahagikan kepada dua kumpulan bersama guru pengiring. Satu kumpulan menyelamat Fong Jia Xian daripada dibaham oleh ular tersebut manakala satu lagi ditugaskan untuk mencari Cikgu Ang Tat Seng.

2 comments:

OMG..haha
clap clap clap XD

_xL

Dafuq did i just read

Western Counter

Follow Us on

Follow WesternRepublic on Facebook

Western Spit It Out!!

Western Traffic Feed

3TA4 Western Republic 2009

Western Blogroll

Western Followers